mutakhir

80 peratus vaksin di Selangor pada September - KJ

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Selangor dijangka berupaya memvaksin sekurang-kurangnya 80 peratus individu dewasa pada September depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin menyatakan jangkaannya itu menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

"Selangor akan meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 135,000 sehari pada bulan Julai dan hingga 165,000 sehari pada bulan Ogos.

"Ini bermakna Selangor akan dapat memvaksinasi 80 peratus populasi orang dewasa pada September," katanya.

Sehingga semalam, 59 peratus atau 13,811,642 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,510, 783 orang.

Disiarkan pada: June 15, 2021 @ 4:40pm
d