utama

5,911 kes baharu Covid-19 [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,911 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Jumlah itu kurang 529 kes berbanding 6,440 kes yang dicatat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 691,115.

Katanya, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,111 orang diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498) dan Kuala Lumpur (483).

Selain itu, 245 kes direkodkan di Perak, Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (tiga) manakala tiada kes baharu dicatat di Perlis.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 19, 2021 @ 3:41pm
    d