mutakhir

Orang Tanjong Karang bakal terima vaksin Covid-19

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Penduduk di Tanjong Karang boleh menarik nafas lega apabila sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini, akan beroperasi dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, berkata kemudahan itu sebagai inisiatif untuk memudahkan penduduk di Parlimen ini menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pada masa sama, Noh berkata, beliau bersyukur permintaan membuka PPV terbabit dipersetujui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

Insya-Allah, PPV Tanjong Karang akan beroperasi dalam tempoh terdekat.

"Semoga kemudahan ini akan memberi kelegaan dan mempercepatkan proses vaksinasi terutamanya penduduk di Tanjong Karang," katanya menerusi status di Facebook miliknya semalam.

Terdahulu, Noh bersama agensi kerajaan meninjau keadaan di PPV itu, tadi.

Media sebelum ini melaporkan MOSTI bersetuju untuk membuka satu PPV di lokasi terbabit dan ia disahkan oleh Khairy Jamaluddin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 19, 2021 @ 6:53pm
    d