Bola Sepak

Ronaldo, Messi bukan dari bumi

Oleh Agensi

London: Bintang Austria Marko Arnautovic berkata Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bukan berasal dari dunia ini dan mereka datang ke planet ini untuk 'mengambil semua trofi bersama mereka."

Ronaldo dan Messi dianggap sebagai dua pemain terbaik sepanjang masa berikutan aksi mengagumkan mereka bersama kelab dan negara.

Bintang Portugal dan Juventus Ronaldo - juara lima kali Ballon d'Or meraih 32 trofi utama - menyamai rekod pencapaian Ali Daei (109) selepas meledakkan dua gol penyamaan 2-2 menentang Perancis di Euro 2020.

Manakala Messi meraih enam gelaran Ballon d'Or, 34 trofi bersama Barcelona, menyamai rekod penampilan terbanyak Javier Mascherano bersama Argentina ketika mereka melakarkan kemenangan 1-0 ke atas Paraguay di Copa America.

Ketika Austria membuat persiapan menentang Itali awal pagi esok, Arnautovic memuji Ronaldo dan Messi.

"Apabila anda menyebut (Cristiano Ronaldo) kami tidak membicarakan tentang manusia," kata Arnautovic. "Itu saja. Apa yang harus saya katakan mengenainya.?

"Ada dua pemain bukan dari dunia ini. Mereka datang dari jauh dan hanya datang sini untuk berjaya dalam setiap liga dan ambil semua trofi bersama mereka. Kemudian mereka pergi sekali lagi.

"Itulah Ronaldo dan (Lionel) Messi."

Untuk rekod ia adalah penampilan pertama Austria pada pusingan kalah mati di Kejuaraan Eropah dan penampilan pertama di kejohanan utama sejak Piala Dunia 1954 ketika mereka mara ke separuh akhir.

Disiarkan pada: June 26, 2021 @ 12:57pm
d