mutakhir

PM umum pakej Pemulih 5 petang ini

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 5 petang ini.

Berdasarkan poster dikongsi di akaun Facebooknya, pengumuman ini akan disiarkan di Bernama TV, RTM, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah.

Semalam, Muhyiddin pada satu sidang media berkata pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Berita terkini:

Disiarkan pada: June 28, 2021 @ 4:10pm
d