Amerika Selatan

Mahkamah Mexico benar guna ganja bagi rekreasi

Oleh AFP

Mexico City: Mahkamah Agung Mexico membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi untuk orang dewasa.

Mahkamah menyatakan larangan mengikut undang-undang kesihatan adalah tidak berperlembagaan selepas usul dikemukakan pada Kongres.

Keputusan itu dibuat selepas Kongres gagal menggubal undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja rekreasi sebelum tarikh 30 April seperti mana ditetapkan oleh mahkamah tertinggi negara itu.

Mexico dengan jumlah penduduk seramai 126 juta orang antara beberapa negara membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi selepas Uruguay dan Kanada.

Disiarkan pada: June 29, 2021 @ 11:32am
d