Bola Sepak

Benitez dilantik jurulatih Everton, walaupun peminat bantah

Oleh AFP

London: Everton melantik Rafael Benitez sebagai pengendali baru mereka hari ini sekalipun mendapat bantahan daripada peminat berhubung tindakan kelab Liga Perdana Inggeris itu menawarkan jawatan kepada bekas bos Liverpool terbabit.

Benitez dilaporkan bersetuju dengan kontrak tiga tahun bersama Everton dan menjadi orang pertama yang menguruskan dua pasukan tetangga sejak William Edward Barclay pada 1890an.

"Saya berbangga dapat menyertai Everton. Mengharungi proses ini saya sangat kagum dengan minat yang ditunjukkan wakil pegawai kanan di kelab ini dan mereka berhasrat membawa kejayaan kepada kelab bersejarah ini," kata Benitez.

Disiarkan pada: June 30, 2021 @ 11:10pm
d