utama

Kes positif Covid-19 hampir cecah 7,000 hari ini [METROTV]

Kuala Lumpur: Sebanyak 6,988 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 758,967.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi dengan 2,885 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (988); Negeri Sembilan (692); Sarawak (544); Melaka (311); Johor (270); Kedah (250) dan Sabah (232).

Selain itu, Pahang mencatatkan 195 kes diikuti Pulau Pinang (174); Perak (149); Labuan (129); Kelantan (108); Terengganu (50); Putrajaya (10); serta satu kes di Perlis.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 1, 2021 @ 3:17pm
    d