Bola Sepak

Federer kecundang di suku akhir Wimbledon

Oleh AFP

London: Roger Federer tersingkir di suku akhir Wimbledon di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz, hari ini, membayangkan kemungkinan ia aksi terakhir pemain Switzerland itu di All England Club.

Federer, yang bergelar juara Grand Slam sebanyak 20 kali dan akan berusia 40 tahun, bulan depan, tewas 6-3, 7-6 (7/4), 6-0 kepada pemain yang 15 tahun lebih muda.

Ia adalah kekalahan ke-14 juara Wimbledon lapan kali itu selepas mengharungi 119 perlawanan keseluruhan dan ia kekalahan tiga set terus kali pertama sejak tersingkir di tangan Mario Ancic pada 2002.

Malah, ia adalah kali pertama Federer tewas 6-0 di Wimbledon.

"Memang amat istimewa dapat bermain dengan Roger di sini, ia adalah mimpi menjadi kenyataan," kata Hurkacz.

"Dia melakukan banyak perkara hebat di sini."

Hurkacz, 24, yang juga pemain nombor 18 dunia, tidak pernah mara melepasi pusingan ketiga di Grand Slam dan ini adalah pencapaian terbaiknya.

Bagaimanapun, selepas menewaskan pemain nombor dua, Daniil Medvedev menerusi lima set di pusingan kedua, dia berjaya menyaingi Federer pada set permulaan.

Disiarkan pada: July 8, 2021 @ 2:43am
d