rap

Justin Bieber, Hailey bakal dapat 'baby'?

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Penyanyi, Justin Bieber menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat dan pengikutnya di Instagram apabila dia memuat naik gambar bersama isterinya, Hailey Bieber dan menulis keterangan gambar seolah-olah isterinya sedang hamil.

Dalam hantarannya, Bieber menulis keterangan ringkas mengiringi gambar hitam putih itu.

"Ibu dan ayah," tulisnya.

Ruangan komen hantaran di Instagram itu kemudiannya dihujani komen rasa teruja daripada peminat-peminatnya.

Isterinya, Hailey Bieber juga turut menulis komen dan meminta supaya Bieber menukar keterangan hantaran itu bagi mengelakkan salah faham.

"Saya rasa, mungkin awak patut tukar keterangan ini kepada, 'Ibu dan ayah anjing' sebelum ada yang salah faham," tulisnya diiringi emoji ketawa.

Tinjauan Harian Metro di Instagram penyanyi itu mendapati, Bieber masih belum menukar keterangan dalam hantaran itu dan menuai jumlah 'like' lebih 2.6 juta.

Pasangan Justin dah Hailey bertunang pada 2018 dan berkahwin secara rahsia.

Mereka kemudiannya mengadakan majlis untuk keluarga dan kenalan di resort mewah yang terletak di South Carolina pada September 2019.

Disiarkan pada: July 21, 2021 @ 10:59am
d