utama

Covid-19: 15,573 kes baharu dicatatkan hari ini [METROTV]

Oleh Yusmizal Dollah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 15,573 kes hari ini berbanding 13,034 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitter berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 980,491 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 7,672 kes.

Kuala Lumpur pula merekodkan 2,063 kes, Johor (722), Sabah (516), Sarawak (461) dan Negeri Sembilan (682).

Pulau Pinang mencatatkan 530 kes, Kelantan (372), Kedah (937), Perak (415), Melaka (452), Pahang (457), Terengganu (229), Wilayah Persekutuan Labuan (21), Wilayah Persekutuan Putrajaya (41) dan Perlis (3).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 23, 2021 @ 4:27pm
    d