utama

Covid-19: Kes harian makin meningkat dengan 15,902 kes baharu [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini terus meningkat dan mencatatkan rekod tertinggi hari ini dengan 15,902 kes berbanding 15,573 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitter berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 996,393 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 7,351 kes, manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 2,406 kes, Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631) dan Negeri Sembilan (625).

Ia diikuti Pulau Pinang mencatatkan 505 kes, Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406), Terengganu (267), Sarawak (261), Wilayah Persekutuan Putrajaya (59), Wilayah Persekutuan Labuan (30) dan Perlis (7).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 4:31pm
    d