mutakhir

Warga Bangladesh disyaki bunuh rakan senegara direman seminggu

Oleh BERNAMA

Seremban: Seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki membunuh rakan senegaranya, direman selama seminggu sejak Khamis lalu bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, perintah reman ke atas lelaki berusia 29 tahun itu, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban Emysuriana Muhammad Subry.

"Lelaki terbabit direman sehingga Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun, ditahan selepas disyaki membunuh rakan senegara dan menanam mayatnya di kawasan pembinaan di Taman Mutiara Galla di sini pada 13 Julai lalu.

Berita berkaitan:

  • Bunuh rakan, tanam di rumah kongsi [METROTV]
  • Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 5:17pm
    d