mutakhir

Pesakit melecur akibat tabung oksigen terbakar

Oleh Rosman Shamsudin

Slim River: Seorang pesakit lelaki melecur di tangan selepas tabung oksigen di dalam bilik isolasi di Hospital Slim River (HSR), Tanjung Malim terbakar, malam ini.

Dalam kejadian terbabit, pesakit lelaki berusia 48 tahun melecur kira-kira sembilan peratus pada bahagian tangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kebakaran terbabit kira-kira jam 7.42 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiba di tempat kejadian di dapati berlaku kebakaran membabitkan tabung oksigen.

"Api berjaya dipadamkan oleh kakitangan hospital dengan menggunakan alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba," katanya.

Katanya, pihak bomba juga melakukan pemeriksaan dan penilaian susulan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat.

Disiarkan pada: August 10, 2021 @ 11:16pm
d