Asia

10 maut, serangan bom tangan di Karachi

Oleh BERNAMA

Islamabad: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 10 cedera dalam serangan membabitkan bom tangan di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi, pada Ahad menurut polis.

Ketika kejadian, antara 20 hingga 25 individu daripada sebuah keluarga menaiki trak kecil.

Penyerang yang menaiki motosikal dan membaling bom tangan ke kenderaan dinaiki mereka di kawasan Mawach Goth, Karachi, menurut polis.

Antara mangsa yang terkorban adalah enam wanita dan empat kanak-kanak, manakala ada mangsa lain yang parah.

Susulan kejadian, pasukan keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi sebelum mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran.

Kawasan kejadian ditutup bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan.

Disiarkan pada: August 15, 2021 @ 9:42am
d