utama

23,564 kes baharu Covid-19, tertinggi setakat ini [METROTV]

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan jumlah tertinggi dengan 23,564 kes hari ini berbanding 22,948 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,513,024 kes direkodkan setakat ini.

Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,974 kes, diikuti Sabah (2,738 kes), Sarawak (2,548), Kedah (1,932 kes), Kuala Lumpur (1,652 kes); Johor (1,323 kes) dan Kelantan (1,281 kes).

"Selain itu, Perak mencatatkan 1,248 kes, Melaka (610 kes), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521 kes), Pahang (517 kes), Perlis (64), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (satu kes)," katanya.

Disiarkan pada: August 20, 2021 @ 4:33pm
d