mutakhir

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu selesai [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan selesai.

Perbincangan bermula 3 petang dan selesai kira-kira sejam kemudian.

Kenderaan membawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin adalah yang pertama berangkat pulang.

Disusuli beberapa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kemudian, pada 4.25 petang, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat pulang.

Ia disusuli dengan kenderaan membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kemudian jam 4.30 petang, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong berangkat pulang.

Disiarkan pada: August 20, 2021 @ 4:43pm
d