mutakhir

Vaksinasi populasi dewasa semakin hampiri 80 peratus [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 18,648,795 individu atau 79.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut portal COVIDNOW.

Selain itu, 93.1 peratus atau 22,097,565 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 289,618 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 94,145 dos pertama dan 195,473 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,664,674 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 12:27pm
    d