utama

48 rumah, 8 kedai terbakar [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuantan: Kira-kira 48 rumah dan lapan kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina Karak, Bentong, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, bagaimanapun kejadian pada 9.10 malam itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.20 malam dan 52 anggota bomba bersama 10 jentera digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar 12.10 tengah malam dan kedudukan rumah yang begitu rapat dipercayai menyebabkan kebakaran cepat merebak," katanya yang dihubungi Bernama, hari ini.

Menurut Wan Mohammad Zaidi, sehingga kini pihak bomba masih berada di lokasi kejadian bagi memantau keadaan.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat, katanya.

Disiarkan pada: October 2, 2021 @ 11:24am
d