Eropah

17 maut di Rusia minum alkohol beracun

Oleh AFP

Moscow: Seramai 17 individu di Rusia maut selepas minum alkohol yang dipercayai mengandungi metanol beracun.

Kematian terbaru berpunca daripada pengambilan alkohol murah itu adalah masalah yang berlanjutan di negara berkenaan di mana pihak berkuasa sebelum ini menyatakan ia perlu diselesaikan.

Tambahan 16 individu lagi di Orenburg, kira-kira 1,500 kilometres dari Moscow, berdepan keracunan alkohol.

"Setakat ini, 33 mangsa dikenal pasti dengan 17 daripadanya maut," kata pejabat gabenor melalui aplikasi Telegram.

Ujian mendapati mangsa mengambil minuman beralkohol yang mengandungi metanol, yang mana ia berbeza dengan etanol iaitu bahan yang biasa terkandung dalam minuman beralkohol.

Metanol mempunyai kadar racun yang tinggi dan boleh menyebabkan kebutaan walaupun diambil dalam jumlah sedikit.

Pihak berkuasa berkata, sebuah bengkel di Orsk diserbu dan pihaknya merampas 1,200 botol alkohol.

Menurutnya, mereka yang mengambil alkohol berkenaan terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

Disiarkan pada: October 8, 2021 @ 6:10pm
d