mutakhir

Aliran trafik masih lancar, terkawal

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Aliran trafik di sepanjang laluan utama lebuh raya masih lagi lancar dan terkawal.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di laman rasmi Twitter jam 8 malam tadi memaklumkan aliran trafik turut lancar di Plaza Tol Gombak, Terowong Genting Sempah dan Plaza Tol Bentong.

Bagaimanapun, aliran trafik di beberapa laluan di Pulau Pinang dilaporkan perlahan termasuk dari Plaza Tol Juru ke Perai, Seberang Jaya ke Plaza Tol Sungai Dua serta Permatang Jauh ke Seberang Jaya.

LLM turut melaporkan berlaku beberapa kemalangan termasuk di KM117.6 arah utara dari Bertam, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

Ia susulan peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi sudah mencapai 90 peratus.

Disiarkan pada: October 15, 2021 @ 9:44pm
d