mutakhir

Peneroka ditemui meninggal dunia dalam kenderaannya di kebun kelapa sawit

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Peneroka Felda berusia 66 tahun ditemui meninggal dunia dalam pacuan empat roda miliknya di kebun kelapa sawit di Ladang Geddes di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, hasil siasatan awal, kenderaan dipandu mangsa, Md Jani Sulong, dari Felda Serting Hilir 7 terbabas ke kebun kelapa sawit di lokasi berkenaan, jam 11 pagi semalam.

Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari sebuah kedai perkakasan di Ladang Geddes menuju ke Felda Serting Hilir.

"Tiba di lokasi, kenderaan itu terbabas ke kebun sebelum melanggar pokok kelapa sawit.

"Mayat ditemui orang awam sebelum melaporkannya kepada polis. Mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi akibat sesak nafas, "katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: October 16, 2021 @ 6:10pm
d