Sukan Lain

Pemenang emas Olimpik umum bersara

Oleh Agensi

London: Pemenang pingat emas dua kali Olimpik, Philip Hindes mengumumkan persaraan pada usia 29 tahun.

Hindes anggota pasukan acara pecut membantu Great Britain (GB) memenangi pingat emas di London 2012 dan Rio 2016.

Dia juga memenangi pingat perak di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2016 serta di dua Sukan Komanwel (Glasgow 2014 dan Australia 2018)

"Sebagai seorang pelumba basikal sejak sekian lama ia adalah sesuatu pengalaman yang hebat," tulisnya di media sosial.

"Saya berbangga dengan pencapaian saya."

Tambah Hindes: "Saya akan memulakan fasa kehidupan baru, memulakan karier baru dan melihat sejauh mana ia akan membawa saya."

Dilahirkan di Jerman, Hindes mewakili negara kelahirannya ketika remaja sebelum beralih kepada pasukan lumba basikal GB pada 2010.

Dia memenangi pingat Olimpik pertama pada usia 19 tahun dan menjadi pelumba simpanan ketika pasukan GB merangkul pingat perak di Tokyo 2020 yang lalu.

Disiarkan pada: October 28, 2021 @ 11:14am
d