utama

4,626 kes baharu Covid-19

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Angka kes baharu Covid-19 terus menurun dengan 4,626 kes hari ini berbanding 4,979 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,476,268 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my (http://covidnow.moh.gov.my/) dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 1, 2021 @ 4:01pm
    d