mutakhir

Agong, Permaisuri ucap Selamat Menyambut Deepavali

Oleh Saadiah Ismail

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.

Ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik menerusi hantaran di akaun Facebook Istana Negara, malam ini.

"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Hindu," menurut hantaran itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut mengutuskan ucapan sama kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.

Beliau berharap perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta.

"Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.

"Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini.

"Selamat Menyambut Hari Deepavali, Deepavali Valthukkal!," katanya dalam hantarannya di Twitter.

Disiarkan pada: November 3, 2021 @ 11:45pm
d