mutakhir

Bomba bantu pindahkan lapan beranak

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Teluk Intan: Bomba membantu memindahkan lapan beranak selepas rumah mereka di Lorong Kedah, Kampung Changkat Jong, di sini, dinaiki air akibat banjir kilat, hari ini.

Lapan beranak itu berusia 12 hingga 64 tahun, termasuk seorang wanita warga emas yang kurang sihat dan berkerusi roda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.02 pagi sebelum sepasukan anggota ke lokasi.

"Paras air di lokasi setinggi 0.3 meter. Keluarga berkenaan terdiri daripada tiga lelaki dan lima perempuan meminta bantuan untuk dipindahkan berikutan paras air semakin meningkat.

"Bomba kemudiannya memindahkan mangsa ke Dewan Changkat Jong," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, bomba kini melakukan pemantauan berkala di lokasi bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 8:50am
d