mutakhir

Mohamad Asri tiba untuk proses penamaan calon [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Masjid Tanah: Calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Asri Ibrahim menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Lendu di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, di sini, pagi ini.

Mohamad Asri yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Masjid Tanah tiba, jam 8.35 pagi.

Beliau yang lengkap berbaju Melayu merah tiba diiringi pencadang dan pengiring.

Perikatan Nasional (PN) meletakkan Mejar (B) Abdullah Mahadi dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) bagi kerusi berkenaan.

Abdullah tiba di pusat penamaan calon, jam 8.55 pagi.

Dun Lendu dijangka berdepan bersaingan tiga penjuru dengan penyandang kerusi Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mempertahankan kerusi berkenaan mewakili Barisan Nasional.

Pusat penamaan calon dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi bagi calon menghantar borang pencalonan.

Hari ini Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuka tirai dengan 28 kerusi Dun akan dipertandingkan.

  • Lagi berita berkaitan PRN Melaka
  • Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 9:15am
    d