utama

Kes baharu Covid-19 bawah 6,000

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 5,809 kes dilaporkan hari ini berbanding 6,517 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,541,147 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 13, 2021 @ 2:59pm
    d