mutakhir

Kes kolera dikesan di daerah Petaling

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Satu kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan kes itu dikesan oleh Jabatan Kesihatan Selangor.

"Jabatan Kesihatan Selangor mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor.

"Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat atau dididihkan. Jaga kebersihan kendiri, jangan makan makanan mentah dan tidak dimasak sempurna," katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai kes itu akan dimaklumkan kemudian.

Disiarkan pada: November 14, 2021 @ 9:20pm
d