rap

Shahir tak nak jadi artis nasyid...

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Shahir Zawawi menegaskan dia masih akan mengekalkan identiti sama walaupun kini menyertai program realiti di TV Al-Hijrah berjudul Hijrahkan Laguku. 

Shahir berkata, dia tidak akan mengubah konsep nyanyian sebaliknya bakal memperkenalkan single yang lebih memberi mesej baik. 

"Muzik bukan satu masalah dalam Islam asalkan tidak berlebih-lebihan atau mesej yang ingin disampaikan membawa mesej negatif. 

"Saya sertai program ini bukan nak jadi artis nasyid sebab kita sudah ada ramai penyanyi nasyid yang terkenal. 

"Tapi, mungkin kehadiran saya punya matlamat yang sama walaupun genre kami tak sama. Lagipun selera pendengar berbeza-beza dan apa yang saya nak sampaikan pun lebih bersahaja,"katanya. 

Selain Shahir, Hijrahkan Laguku menampilkan tujuh lagi bintang iaitu Datuk Nash, Iwan Syahman, Rahmad Mega, Zack Kool, Zaf VE, PG Adam dan Mark Adam.

Program lapan episod itu disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam. 

 

Disiarkan pada: November 22, 2021 @ 3:02pm
d