mutakhir

Pengurus Besar agensi kerajaan ditahan SPRM

Oleh Muhammad Hafis Nawawi

Tawau: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Pengurus Besar sebuah agensi kerajaan di negeri ini kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM8,000.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 9 pagi hari ini, oleh SPRM Cawangan Tawau.

Menurut sumber, suspek berkenaan menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada 2018 sedangkan kerja itu dilakukan suspek sendiri.

Difahamkan lelaki terbabit dilepaskan dengan Bon Jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Disember ini.

Disiarkan pada: November 29, 2021 @ 11:18pm
d