utama

5,551 kes baharu Covid-19 hari ini

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini sedikit menurun iaitu 5,551 kes berbanding 5,806 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,649,578 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

"Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 3, 2021 @ 4:00pm
    d