mutakhir

Mangsa banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang

Oleh BERNAMA

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dekat Pasir Mas yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 33 orang, setakat 9 pagi ini.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa membabitkan enam keluarga termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.

Selain itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan setakat 8 pagi ini, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Rantau Panjang, merekodkan paras amaran dengan bacaan masing-masing adalah 8.24 meter (m) dan 8.22 m dengan trend menurun.

Paras amaran di sungai itu adalah pada bacaan 8 m manakala bahaya, 9 m.

Disiarkan pada: December 5, 2021 @ 10:19am
d