utama

Kes baharu Covid-19 turun kepada 3,490 hari ini

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari mencatatkan penurunan kepada 3,490 kes berbanding 4,626 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,691,639 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow dengan data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam.

Disiarkan pada: December 12, 2021 @ 4:11pm
d