utama

4,362 kes baharu Covid-19 hari ini

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan kepada 4,362 kes berbanding 4,262 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,711,764 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow dengan data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam.

Disiarkan pada: December 17, 2021 @ 2:39pm
d