mutakhir

Empat selamat, rumah dihempap pokok

Oleh Roselan Ab Malek

Cameron Highlands: Empat sekeluarga terselamat apabila rumah mereka dihempap pokok tumbang berdekatan sebuah hotel di Brinchang di sini, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands, Leftenan PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi berdasarkan maklumat orang awam yang melihat kejadian itu.

Katanya, terdapat satu keluarga terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak terperangkap dalam rumah berkenaan.

"Suami isteri berusia 59 dan 58 tahun serta dua anak masing-masing 10 dan 7 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, lapan anggota APM bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja-kerja memotong pokok untuk membuka laluan bagi membolehkan mangsa keluar.

Disiarkan pada: December 19, 2021 @ 4:36pm
d