mutakhir

Mangsa banjir Selangor cecah 22,786 [METROTV]

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Seramai 22,786 mangsa banjir direkodkan di Selangor membabitkan 6,485 keluarga setakat 5 petang, hari ini.

Menerusi data di Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 132 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dibuka di sembilan daerah di negeri ini.

Daripada jumlah keseluruhan, 16,421 adalah individu dewasa manakala 5,557 membabitkan kanak-kanak dan seramai 808 lagi adalah bayi lelaki dan perempuan.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan tujuh maut dalam bencana banjir, manakala seorang mangsa masih lagi hilang sejak Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, daripada jumlah itu, tiga mangsa ditemukan lemas, manakala seorang mangsa ditemukan meninggal dunia di ruang atas rumah di Taman Sri Muda yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, dua lagi kes lemas berlaku di Dengkil, Sepang, satu kes di Desa Coalfields, Kuala Selangor dan seorang mangsa dipercayai hilang di Sungai Pinang.

Disiarkan pada: December 20, 2021 @ 7:25pm
d