mutakhir

Mangsa banjir di Kelantan kian menurun

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Banjir di Kelantan petang ini terus berkurangan kepada 685 mangsa, berbanding 862 mangsa pagi tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 222 keluarga itu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 4 petang, lima PPS yang masih dibuka adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, SK Kubang Kual, Masjid Mukim Padang Licin dan PPS Putat Tujoh.

Sementara itu, menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras waspada iaitu 7.82 meter (m).

Kesemua sungai lain iaitu Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Galas di Dabong, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tambatan Diraja, Sungai Golok di Jenob, Kuala Jambu dan Sungai Semerak di Pasir Puteh berada pada paras normal.

Disiarkan pada: December 25, 2021 @ 5:52pm
d