Amerika Utara

Budak tiga tahun maut tertembak diri sendiri

Oleh Agensi

Washington: Tragedi Krismas. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di North Carolina yang maut selepas secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri ketika sambutan Hari Krismas.

7News.com.au melaporkan, kanak-kanak malang itu, Aylee Gordon disahkan meninggal dunia malam Selasa di Hospital Mission di Asheville, menurut Pejabat Syerif Daerah Henderson.

Mangsa adalah anak perempuan kepada kapten syerif Henderson County yang sudah bersara, Tim Gordon.

Kejadian itu berlaku jam 2.30 petang di komuniti luar bandar Edneyville pada petang Sabtu.

Menurut audio pasukan penyelamat yang diperoleh sekutu NBC WYFF di Greenville, Gordon menghubungi talian kecemasan memaklumkan perkara itu.

Dia berkata, ada tetamu hadir melawat ketika percutian dan secara tidak sengaja meninggalkan pistol di dalam keretanya.

Aylee kemudian dikatakan mengambil pistol itu dan mungkin menekan picu, menurut rakaman itu.

Disiarkan pada: January 1, 2022 @ 7:00am
d