mutakhir

97.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,864,655 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, 23,155,545 individu atau 98.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6 peratus atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 208,327 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 2,768 dos pertama, 3,843 dos lengkap dan 201,716 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,055,878 dos termasuk 6,627,119 dos penggalak.

Disiarkan pada: January 4, 2022 @ 10:48am
d