mutakhir

Tinggal 3 PPS dibuka di Melaka

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih di buka di Melaka membabitkan 341 mangsa banjir di daerah Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kawasan yang masih terjejas membabitkan empat kawasan iaitu di Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Parit Putat Benteng.

Katanya, PPS di Alor Gajah dan Melaka Tengah sudah ditutup sepenuhnya.

Semalam, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk terbabit di Bukit Tambun.

Sementara itu, mangsa banjir Pon Wahab, 67, yang menetap di Peringgit di sini bersyukur menerima bantuan terbabit sekali gus membantunya membeli keperluan harian.

Disiarkan pada: January 9, 2022 @ 10:36am
d