utama

Covid-19: 2,888 kes baharu hari ini

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 2,888 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,251 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,786,219 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 9, 2022 @ 3:25pm
    d