mutakhir

Lelaki tersesat daki Bukit Broga mohon bantuan bomba

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Lelaki yang mendaki Bukit Broga di sini, terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas dia tersesat ketika melakukan aktiviti itu hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima maklumat itu kemudiannya menghantar pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih.

Menurutnya, sebaik tiba pada 7.30 pagi, gerakan mencari mangsa, Muhammad Shariq Shoeb, 26, terus dijalankan.

"Kedudukan mangsa dianggarkan 550 meter dari pintu masuk ke Bukit Broga.

"Mangsa kemudiannya ditemui pada 8.10 pagi dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: January 14, 2022 @ 10:20am
d