mutakhir

Umno Johor setuju adakan PRN [METROTV]

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad mengesahkan sudah mendapat kebenaran Umno Johor untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Hasni yang juga Menteri Besar berkata, kebenaran itu diperoleh ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno Johor, hari ini.

"Perhubungan Umno Johor sudah beri kebenaran untuk PRN Johor diadakan.

"Oleh itu, petang ini saya akan menghadiri mesyuarat kerajaan di Kota Iskandar dahulu, sebelum menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jam 5 petang ini.

"Saya akan buat sidang media jam 6 petang ini di Pejabat Perhubungan Umno Johor selepas selesai menghadap Sultan Johor," katanya selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno Johor, di sini, hari ini.

Disiarkan pada: January 22, 2022 @ 4:11pm
d