utama

4,744 kes baharu Covid-19 hari ini

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 4,744 kes hari ini berbanding 4,066 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia sehingga kini mencecah 2,844,969 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Disiarkan pada: January 26, 2022 @ 5:37pm
d