mutakhir

Had laju jalan dikurangkan sehingga 8 Februari

Oleh Mahani Ishak

Kuala Lumpur: Had laju jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer per jam (km/j) berkuatkuasa Selasa lalu sehingga 8 Februari ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, pengurangan had laju itu adalah sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.

"Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan 10km/j menjadikan had laju jalan persekutuan daripada 90km/j kepada 80km/j, manakala jalan negeri daripada 80km/j kepada 70km/j berkuatkuasa 25 Januari hingga 8 Februari ini.

"Pewartaan pengurangan had laju sementara ini adalah antara langkah-langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap berlaku pada musim perayaan," katanya pada kenyataan semalam.

Menurut KKR, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengambil langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan.

Disiarkan pada: January 29, 2022 @ 1:12pm
d