mutakhir

Deposit peniaga dikembalikan jika bazar Ramadan tidak dibenarkan - Saarani [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Kerajaan Perak memberi jaminan wang deposit penuh akan dikembalikan kepada peniaga jika bazar Ramadan tidak dibenarkan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihak bertanggungjawab akan dipastikan menyerahkan deposit sekiranya peniaga tidak dapat berniaga akibat kekangan itu.

"Sekiranya tidak berniaga, kita pulang semula deposit penuh kepada mereka (peniaga bazar Ramadan).

"Namun begitu, mudah-mudahan tiadalah berlaku perkara itu," katanya pada sidang media selepas hadir program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di sini, hari ini.

Berkenaan program bertemu pelanggan hari ini, Saarani berkata, kerajaan negeri buat julung kalinya mengadakan hari bertemu pelanggan di Stadium Indera Mulia dengan pembabitan 151 jabatan dan agensi.

Katanya, ia merangkumi 110 kaunter khidmat pelanggan, 33 gerai pameran dan lapan perkhidmatan bergerak.

Disiarkan pada: February 8, 2022 @ 4:20pm
d