mutakhir

Tiga pelancong sesat di Gunung Berembun selamat

Oleh Roselan Ab Malek

Cameron Highlands: Lelaki dan dua wanita warga Perancis yang tersesat ketika mendaki di Gunung Berembun, di sini hari ini, ditemui selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mereka ditemui pendaki lain yang kebetulan melalui trek sama dan dibawa turun ke Robinson Fall.

Terdahulu, katanya, pihaknya menerima maklumat tiga pelancong sesat ketika mendaki gunung itu pada 4.56 petang.

"Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dan lima kakitangan pejabat perhutanan daerah bergegas ke lokasi, memulakan operasi mencari dan menyelamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, katanya, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Multi-Skill Team (Must) diarahkan bersiap sedia sekiranya diperlukan untuk membantu operasi.

Disiarkan pada: March 18, 2022 @ 8:38pm
d