Sukan Lain

Wushu sumbang emas kedua

Oleh Ferzalfie Fauzi

Hanoi: Atlet wushu negara, Tan Zhi Yan mengesahkan pingat emas kedua Malaysia dalam sukan itu pada Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Zhi Yan menghimpun 9.71 mata daripada juri sekali gus menyaksikan dia memenangi pingat emas dalam acara taijiquan lelaki di Gimnasium Cau Giay.

Atlet Filipina, Jones Llabres meraih perak dengan 9.70 mata sementara atlet Singapura, Chan Jun Kai membawa pulang gangsa dengan 9.57 mata.

Terdahulu, Malaysia meraih emas dalam acara changquan lelaki menerusi Clement Ting sementara Calvin Lee memenangi perak dalam acara 'nandao' lelaki.

Disiarkan pada: May 13, 2022 @ 2:42pm
d