mutakhir

Rumah teres musnah dalam kebakaran

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bunga Raya, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.49 pagi tadi.

"Seramai 21 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Setapak dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat membabitkan bahagian ruang tamu yang terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak ke rumah bersebelahan jam 9.07 pagi tadi.

"Kami memadamkan kebakaran itu dengan mengunakan kaedah 'offensive dan defensive'.

"Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: May 16, 2022 @ 11:08am
d